Monday, 6 April 2015

ALATAN DAN BAHAN

Kotak Fius Agihan (KFA/DB)

Kotak Fius Agihan 1fasa ( Distribution fuse board ) DB adalah papan terakhir sebelum bekalan disalurkan ke beban. Terdapat DB satu fasa dan tiga fasa. Jika bilangan lampu atau soket adalah banyak, Dua DB berasingan khas untuk soket dan lampu diadakan bagi memudahkan kerja-kerja. KFA ini menepatkan suis utama, pemutus litar bocor ke bumi dan MCB.




Pemutus Litar Keunit , MCB

MCB berfungsi sebagai pengasingan litar akhir ke bahagian lain alatan elektrik. MCB mempunyai pelbagai saiz seperti 6 ampere dan 16 ampere. Untuk pendawaian pencahayaan hanya menggunakan saiz 6 ampere sahaja dan untuk litar kuasa menggunakan saiz 16 ampere.







ELBC

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi, E.L.C.B adalah singkatan dari pada Earth Leakage Circuit Breaker berfungsi sebagai memutuskan arus elektrik apabila berlaku kebocoran arus elektrik pada alatan. Alatan ini terletak dalam DB.







Main Switch(MS)

Suis Utama ( Main switch ) berfungsi sebagai pengasingan litar dan pelindungan lebihan arus dan beroperasi seperti suis utama iaitu bekalan masuk akan melalui suis dan seterusnya ke fius.






Plug 3 pin

Ia digunakan bagi menyambung dan mengalirkan arus dari sumber elektrik kepada DB.







Soket & base (2+2)

Soket adalah alat yang membekalkan arus elektrik yang boleh dipasang dan ditanggalkan. Ia mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, life dan neutral.






Suis & base(1+1)

Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik.







Lampu + base (1+1)

Lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan di dalamnya terdapat dawai filament. Ia akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik, filament akan menjadi panas dan menyinar.





Kabel (L,N,E)

Menghubungkan komponen yang terdapat dalam DB.








Copper bar

Menghubungkan antara dua atau lebih Pemutus Litar Keunit , MCB.







Paku wiring

Paku yang digunakan adalah bersaiz kecil bersesuaian dengan tujuan dan kehalusan tugas. Paku digunakan untuk memaku timah kepada papan agar ia dapat memegang wayar.






Timah wiring

Timah digunakan bagi memegang wayar ke permukaan papan. Timah adalah bahan yang sesuai digunakan untuk tujuan ini kerana sifatnya yang boleh lentur membolehkan ia memegang wayar dengan ketat dan kemas.





Skru

  •  Skru hitam panjang digunakan untuk memasang tapak pemegang lampu dan kotak fius utama.
  • Skru hitam pendek digunakan pada tapak soket, tapak suis dan pemegang lampu.
  •  Skru putih digunakan untuk memasang soket dan suis.

Wayar

  •  Warna merah menandakan wayar tersebut berfungsi menghantar arus elektrik daripada MCB ke tamatan life yang terdapat pada soket dan suis.
  • Wayar neutral merujuk kepada wayar pengalir yang berfungsi bagi membawa arus balikan dari peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus ulang-alik wayar neutral memunyai arus.
  • Wayar bumi dapat dikenali dengan warnya yang hijau. Ia berfungsi menghantar sebarang kebocoran elektrik serta litar pintas ke bumi. Ia tidak mempunyai arus. Wayar bumi bertindak sebagai langkah keselamatan kepada pengguna bagi menghindarkan renjatan elektrik jika terdapat kebocoran elektrik. Jika wayar bumi tidak dipasang, seseorang boleh menerima renjatan elektrik kerana arus akan mengalir melalui tubuhnya untuk masuk ke bumi. Tetapi pemasangan wayar bumi membolehkan arus dihantar dengan selamat ke dalam bumi melalui wayar tersebut.
Tukul Waringgton

Digunakan bagi mengetuk kerja-kerja halus dan hanya memerlukan ketukan yang ringan sahaja. Ketika memasang litar permukaan tukul warrington ini digunakan bagi mengetuk plat timah yang digunakan untuk mengikat wayar kepada permukaan papan.





Cordless drill

Membolehkan kerja membuka dan pemasangan dilakukan dengan pantas dan mudah. Menggunakan sumber kuasa daripada bateri yang membolehkannya dibawa kemana-mana.








Pemutar skru

Memutarkan skru seperti pada bahagian soket dan suis. Ia juga digunakan untuk memulakan pemasangan skru sebelum skru diputar pula menggunakan cordless screwdriver.






Pembaris

Pembaris digunakan untuk mengukur panjang wayar dan melukis lakaran litar pada papan kotak.







Wire stripper

Ia digunakan bagi membuang bahagian penebat pada bahagian luar wayar sebelum dawai tersebut diikat pada tamatan atau terminal.







Kapur

Ia digunakan untuk melukis litar pada papan kotak sebelum menjalankan pendawaian.






Test pen

Test pen digunakan bagi memeriksa samada pendawaian dilakukan dengan betul dengan menentukan terdapat arus yang mengalir pada sesuatu bahagian pendawaian. Jika lampu pada test pen menyala, ia menunjukkan bahawa sesuatu bahagian pendawaian telah dipasang dengan betul. Selain itu, ia berfungsi sebagai pemutar skru bagi bahagian penyambung wayar dan tamatan pada suis dan soket.



Playar kacip

Playar kacip digunakan bagi memotong wayar pada ukuran yang dikehendaki,ia mampu membuat potongan yang kemas.







Playar muncung tirus

Playar muncung tirus digunakan untuk memegang wayar pada tempat yang sempit, pelayar ini boleh menyepit wayar dengan lebih kemas untuk menarik wayar agar pemasangan wayar dilakukan dengan kemas. Ia juga boleh digunakan untuk memotong wayar.





Playar gabung

Playar gabung digunakan untuk memegang bahan, memotong dan memintal dawai atau kabel elektrik.







LANGKAH KERJA

a) Sebelum

1. Sebelum pendawaian dilakukan, kami telah melakarkan litar pendawaian yang ingin dijalankan pada kertas A4 dan mengira jumlah wayar yang diperlukan seperti yang terdapat pada lampiran 1.

2. Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian lampu.

3. Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau). Panjang wayar life bagi litar pencahayaan ialah 170 cm. Manakala, panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-masing ialah 100 cm.

4. Manakala bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar neutral dan wayar bumi masing-masing sepanjang 130cm.

5. Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang digunakan pada pendawaian lampu.

6. Sebelum proses pendawaian dilakukan, litar perlu dilukis pada dinding menggunakan kapur dan pembaris untuk memudahkan proses pendawaian dilakukan.


                            Rajah 1: Melukis Litar

b) Semasa

1. Pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Timah digunakan untuk melekatkan wayar pada dinding. Timah dipakukan dengan paku yang kecil menggunakan tukul yang sesuai.

 

                           Rajah 2: Proses Pendawaian

2. Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum proses penyambungan dan pemasangan soket.
     
                       
                       Rajah 3: Proses menjalur wayar

3. Setelah siap pendawaian pada dinding bagi soket. Tapak soket dipasang dengan menggunakan cordless screwdriver.

4. Selepas tapak soket dipasang proses penyambungan wayar pada soket dilakukan melibatkan wayar neutral, bumi dan life.

 

              Rajah 4 : Proses peyambungan wayar pada soket

5. Soket dipasang selepas penyambungan siap dilakukan menggunakan pemutar skru philip /pena ujian. Kemudian pendawaian yang bermula dari soket akan dibawa kepada kotak fius agihan (DB).


Rajah 5 : Proses pemasangan soket dan peyambungan wayar pada fius agihan

6. Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu. Setiap wayar akan dilekatkan menggunakan timah yang dipaku.

7. Seterusnya pemasangan tapak bagi soket lampu menggunakan pena ujian/cordless screwdriver.

8. Bagi soket lampu terdapat tiga wayar iaitu satu wayar merah yang akan menuju ke suis, satu wayar hitam dan satu wayar hijau yang akan disambung pada kotak fius agihan (DB).

 
                              Rajah 6 : Proses pemasangan soket lampu

9. Satu suis mengawal lampu digunakan dimana melibatkan peyambungan dua wayar merah dari soket lampu dan kotak fius agihan.

10. Selepas pendawaian pada dinding siap dilakukan, penyambungan pada suis dilakukan.

 

              Rajah 7 : Proses pemasangan suis lampu

11. Langkah seterusnya, suis utama (MS), MCB 16 Ampere dan MCB 6 Ampere serta ELBC dipasang pada kotak fius agihan (DB). Pada MCB 16A dan 6A perlu dipasang cooper bar. Kabel L, N dan E yang dilabel dengan 1, 2 dan 3 juga dipasang pada DB berdasar pada gambar rajah litar dibawah.


                                                  Rajah 8 : Lukisan pendawaian pada DB


12. Seterusnya pemasangan kotak fius agihan pada dinding.


                        Rajah 9 : Pemasangan DB

13. Selepas itu lakukan proses penyambungan wayar neutral, life dan bumi pada DB yang telah siap dipasang. Sebelum penyambungan dilakukan, wayar perlu dijalurkan terlebih dahulu.

14. Merah menunjukkan penyambungan bagi wayar life, hijau untuk penyambungan wayar bumi dan hitam untuk penyambungan wayar neutral.


                                               Rajah 10 : Penyambungan wayar pada DB

15. Pendawaian yang telah siap dipasang.Terdapat satu suis yang mengawal satu lampu dan dua soket serta suis utama, MCB, PLBB yang dipasang pada kotak agihan.


                                                    Rajah 11 : Hasil kerja pendawaian